WANITA

Seorang anak yang sudah remaja bertanya pada

ayahnya...


  • Anak : “Ayah, mengapa seorang wanita itu sangat mudah menangis?”
  • Ayah : “Seorang wanita itu mudah menangis kerana Allah menciptakan bahu yang cukup kuat untuk menompang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamanan!”
  • Anak : “Menompang dunia?”
  • Ayah : “Iya, kerana wanita memiliki peranan sangat penting di dunia ini!”
  • Anak : “Bisa ayah jelaskan apa yang istimewa dari seorang wanita?”
  • Ayah : “Allah memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak, dan menerima penolakan yang sering datang dari anak-anaknya... Allah memberi kekerasan untuk membuatnya tegas saat orang lain menyerah, namun dia mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
  • Anak : “Seistimewa itu seorang wanita yah.?”
  • Ayah : “Bukan hanya itu, Allah juga memberikan kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan... Bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya juga.”
  • Anak : “Ternyata wanita itu sungguh luar biasa ya, ayah?!”
  • Ayah : “Masih ada lagi keistimewaan yang dimilik seorang wanita.”
  • Anak : “Apa itu yah?”
  • Ayah : “Allah memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya... Allah memberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya... Tetapi kekadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu...”
  • Anak : “Lalu bagaimana dengan lelaki?”
  • Ayah : “Lelaki harus membuat wanita merasa nyaman dan terlindung saat berada disampingnya... Jangan pernah membuat hati wanita terluka, jika lelaki berniat mempermainkan wanita, ingatlah pengorbanan wanita yang telah melahirkannya iaitu ibu...”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

            
  Rahsia Senyum Tawa Perempuan

  • Bila ketawa mulutnya terbuka lebar...Seorang wanita yang agak terbuka,tak ada pendirian tetap dan mungkin agak penakut.Apa jua yang terjadi dalam hidupnya samada masalah besar atau pun kecil seolah-olah tidak pernah ditanggapinya dengan serius.Wanita yang memiliki ketawa seperti ini juga pada umumnya pandai bergaul,berdedikasi dan selalunya disukai kawan-kawan serta orang di sekelilingnya kerana sikapnya yang bersedia menolong pada bila-bila masa yang diperlukan.Seorang yang mempunyai emosi yang tak menentu membuatkan amat sukar untuk menduga hati dan perasaannya.Dia juga seorang wanita yang biasanya menaruh minat yang mendalam dengan apa yang disukainya tetapi akan meninggalkan begitu saja bila tidak lagi menarik minatnya.Dalam urusan cinta,disebabkan tabiatnya yang sebegini ada kemungkinan dia akan mudah berubah hati,berpindah teman dari satu lelaki ke satu lelaki yang lain.

  • Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya naik ke atas...Biasanya wanita yang ketawa seperti ini seorang yang bersikap terbuka,bijak bergaul dan pandai memikat hati orang untuk menyukainya...Seorang yang pemurah dan tidak pernah segan untuk menolong orang yang dalam kesusahan...Dalam tugas dan pekerjaan,dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan bijak mengatasi setiap persoalan yang datang..Dia tidak pernah ragu mengambil keputusan dan akan melaksanakan apa yang sudah menjadi tugasnya dengan baik...Pada umumnya,hatinya sukar untuk terpaut pada lelaki...Tetapi apabila sudah jatuh cinta,dia akan mengorbankan apa saja untuk orang yang dicintainya.

  • Bila ketawa wajahnya menunduk ke bawah...Wanita yang ketawa seperti ini biasanya bersikap agak tertutup,,tidak suka berbasa-basi dan pandai menyimpan rahsia..Selalu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali dan tidak akan sembarangan mencurahkan perasaannya...Suka menyendiri dan menjauhkan diri dari tempat orang ramai kerana dia akan merasa lebih damai dan tenang..Dia tidak mudah jatuh cinta..Lebih suka bermain-main dengan perasaannya sendiri..Kesetiaannya memang sukar untuk terbeli dengan apa pun...

  • Bila ketawa suka menutup mulutnya dengan telapak tangan...Ekspresi ketawa seperti ini menandakan dia seorang wanita yang suka membandingkan dirinya dengan orang lain,,tidak percaya diri sendiri dan lemah dalam soal pergaulan..Sikapnya yang tidak berpuas hati dengan diri sendiri membuatkan hatinya penuh keraguan dan kerap merasa dirinya tak bererti bila berhadapan dengan orang yang melebihi dirinya..Jika tidak mengenalinya secara mendalam,memang dia kelihatan seperti sombong tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati dan mengambil berat tentang hal orang lain..Dalam bertindak dia selalu berhati-hati dan tidak ingin menyakiti hati orang lain kerana dia juga akan sangat marah jika hatinya disakiti..Dalam cinta,,umumnya dia seorang wanita yang sangat setia namun sukar untuk memaafkan bila hatinya dilukai...

  • Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya turun ke bawah...Gaya ketawa seperti ini menunjukkan dia seorang wanita yang memiliki kemahuan yang keras,,pantang menyerah dan tidak boleh ditunjuk ajar..Bila dia sudah mengambil keputusan,,sukar untuk diubah lagi..Keinginannya banyak dan selalu tidak tercapai,,maka itu dia sering merasa stress bila tidak berhasil memperolehi apa yang diinginkannya..Dalam pekerjaan dia seorang yang amat rajin dan bersedia berusaha untuk kemajuan masa depannya..Hati dan perasaannya agak sukar diduga,,kadangkala gembira,,kadangkala marah...Bila dia marah memang amat sukar membuatnya tersenyum kembali..Dalam soal cinta,,umumnya dia seorang yang suka memerintah pasangannya dan sukar diatur sifatnya...

  • Bila ketawa kelihatan seperti senyum senyum saja...Dia seorang wanita berjiwa besar,,boleh menerima nasihat dan pandai membawa diri..Selalu berhati-hati dalam pergaulan,,tetapi pandai mengambil hati dan disukai ramai...Hati dan perasaannya senang diduga kerana dia cukup terbuka dalam mengemukakan apa yang diinginkan dan yang menjadi matlamat hatinya...Lelaki biasanya mudah jatuh cinta dengannya kerana sifatnya...Sering membuat lelaki tergoda namun jika hatinya sudah terpaut pada seseorang lelaki,,sukar untuk dilepaskannya...

  • Bila tertawa tubuhnya sampai bergerak/bahu bergoncang...Jenis wanita yang amat pandai mengambil hati,,tidak ada pendirian tetap dan sukar diduga hatinya..Suka memerhatikan orang lain dan membuat orang tertarik padanya..Agak kebudak-budakkan dan memiliki khayalan yang tinggi tidak mudah dicapai..Tempat yang ramai orang seperti pesta dan sebagainya merupakan tempat kesukaannya..Dalam cinta,,dia biasanya mudah jatuh cinta..Baginya cinta bagaikan perjudian untung rugi..Walaupun demikian,,dia memiliki cinta sejati yang akan diserahkan sepenuh hati,,setia keakhir hayat,,pada lelaki yang sangat dicintainya...

  • Bila ketawa mulutnya agak terbuka sedikit dan kedua-dua sudut bibirnya sedikit menurun ke bawah...Wanita yang tidak mudah meluahkan perasaannya dan pandai menyimpan persoalan dirinya jauh didalam hati..Bercita-cita tinggi dan sedia menerima nasihat orang lain dengan baik...Namun,,dia juga bukan seorang yang terbuka dan bijak menyimpan rahsia..Selain itu,,dia Juga seorang yang suka memendam perasaannya sendirian...Dalam cinta,,dia seorang kekasih yang setia tetapi amat mengharap pasangannya yang selalu mengalah padanya dalam apa jua perkara...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

              
   Keistimewaan Seorang Perempuan

PENGENALAN Perempuan begitu penting dalam 
kehidupan seorang lelaki.. Jika tidak Allah swt tidak 
akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorangan di dalam syurga...

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki kerana tanpa perempuan

  • hidup seorang lelaki tidak akan sempurna..
  • tidak akan bertambah zuriat di muka bumi..
  • tidak akan bergelar seorang suami..
  • tidak akan menjadi pemimpin dalam rumah tangga...
  •  tiada teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan..

Perempuan tidak boleh:

  • menjadi wali
  • menjadi rasul atau nabi
  • memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka...

Keadilan Allah kepada perempuan :
  • kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas...
  • tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau...
  • tidak wajib menunaikan solat Jumaat...
  • tidak disentuh api neraka,jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya...

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberikan kepada lelaki.... Ini Kerana hanya untuk membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Perangai Perempuan yang lelaki

suka:



  • Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

  • Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.


  • Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

  • Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.
  • Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)
  • Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
  • Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

  • Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fakta Tentang Perangai Wanita | Ramai antara kita yang ingin mengenali hati budi perempuan, tetapi ada kalanya kita salah menilai tentang wanita. Apa kata kita baca Fakta Tentang Perangai Wanita ni dulu sebelum mengenali hati budi wanita : 

Fakta Tentang Perangai Wanita

  • Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  • Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  • Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  • Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  • Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  • Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  • Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  • Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  • Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  • Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  • Senjata wanita adalah airmata!!
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS